Monday, April 29, 2013

Melayu

Kau Melayu, Aku Melayu.
Kau menipu, Aku tertipu.

Aku Melayu, Kau Melayu.
Kini kumalu, hinanya akhlakmu.

Kau Melayu, Aku Melayu.
Kau menyatu, Aku bersatu.

Aku Melayu, Kau Melayu.
Bersihkan namamu, Sucikan jiwamu.

- Penghujung April. Selasa. 9.36pagi

Friday, April 26, 2013

Nukilan Hati

Terkadang aku tak sedar,
Terkadang aku tak dengar, 
Terkadang aku tak endah, 
Kehidupan yang begitu indah.

Ku tahu Dia mampu, 
Ku tahu Dia tahu, 
Ku tahu Dia penentu, 
Maju mundur masa depanku.

Pernah juga aku tersasar, 
Pernah juga aku tersadar, 
Pernah juga aku terdampar, 
Diuji diduga berhati gusar.

Biarkan waktu merakam masa, 
Biarkan bunyi merakam suara,
Biarkan hati merakam rasa, 
Luahan hati Si Insan Biasa.

Sakit Pedih telah kurasa, 
Penat Lelah telah kuterima, 
Pahit Perit kutelankan jua, 
Menyambung hayat kurnia oleh-Nya.

Sunday, April 21, 2013

Bersuara kembali

Terimanya aku bukan dibayar, 
Terima dengan adanya fakta.

Tolaknya aku bukan dipaksa, 
Tolak dengan ilmu didada.

Memilihnya aku bukan membuta, 
Memilih dengan harapan yang nyata.

Majunya kita bukan kerana harta, 
Majunya dengan janji dikota.

Ralit, leka, terlalai, terlena,
Gentar, resah, risau, gelisah,
Maju, berkembang, mara, membara, 
Muafakat, bersatu, sepakat, sepadu. 

Mungkin..tapi. Aku dah sedar..


Mungkin aku tak berpihak, 
Mungkin aku tak menolak, 
Mungkin aku tak mendesak, 
Tapi aku perlu bertindak.

Mungkin kau bukan meminta,
Mungkin kau bukan menghina,
Mungkin kau bukan berdusta,
Tapi kau masih terlena.

Aku punya maruah,
Harap engkau juga begitu,
Aku memilih tanpa amarah,
Demi masyarakat yang lebih bersatu.

Dijual beli maruah kita,
Dibayar tinggi tak disangka-sangka,
Mungkin sementara semata-mata,
Bangkit dan sedar jangan kau terleka.

Aku kini sedar aku harus memilih. Bukan kerana benci, bukan kerana marah.
Aku kini sedar apa itu tanggungjawab. Bukan kerana terpaksa, bukan kerana dipaksa.
Aku kini sedar siapa bermulut hina. Bukan kerana fakta, bukan kerana auta.
Aku kini sedar ramai pengikut setia. Menolak segala yang benar, terima segala didengar.