Thursday, November 26, 2009

Aku, Gua dan Lu

sebenarnya, aku masih tak mengerti apa perhubungan dia dan dia. siapa dia kepada dia? adakah dia berjalin mesra dengan dia atau sekadar kawan kepada dia? menurut sang pencinta, dia telah melukakan hati sang pencinta. seolah2, sang pencinta mempunyai hubungan asmara bersama dia. aku tidak percaya. setahu aku, dia sememangnya setia dengan diriku. hubungan mereka berdua tak lebih dari sekadar rakan untuk berbasa basi sahaja. mungkin keakraban mereka membuat sang pencinta terasa seperti ada secebis harapan untuk perhubungan mereka itu pergi lebih jauh. malangnya, semakin jauh, perhubungan itu "pergi".

aku tidak marah malah kasihan. sang pencinta merupakan seorang yang baik. dari sudut pandanganku, sang pencinta mungkin pernah diberi kata2 manis daripada dia yang mengubah pandangan sang pencinta terhadap dia. benarkah dia? aku bukan tidak percaya, namun apakah manusia tidak pernah berdosa? aku tertanya.

kepada sang pencinta, mungkin aku bersalah di dalam hal ini. kehadiranku menjauhkan kau dari dia. dulu, aku amat benci akan keakraban kau dan dia. namun, setelah aku melihat kau hanya kawan, aku percaya. kemudian, kau berubah. aku bingung. apakah kau sebenarnya hanya ingin berkawan atau lebih. ke mana perginya kata "hormat" kau kepada dia? kata kau, kau hormat dengan keputusannya. namun...? aku faham. tatkala kau sedang asyik bermain kata dan bermesra durja, aku tiba dan merampas takhta yang sepatutnya kau terima. namun, itu hak dia. dan kami pernah bersama lebih lama dari kau mengenali dia wahai sang pencinta. fahamilah keadaannya.

tujuan aku menulis bukan untuk menyakitkan hati dia. aku mengerti sakitnya dia. aku mengerti betapa sengsaranya dia. namun dia tak perlu menjauhkan diri dari dia. dia masih boleh berkawan. berbasa basi. bermesra durja. bermain kata. namun hanya sekadar kawan walaupun begitu akrab. aku tidak pernah melarang dia bersahabat bersama dia. namun, dia mengkhianati kepercayaanku terhadap dirinya. dia membuang diriku, dia memalingkan dirinya sendiri daripada dia. kau yang taburkan racun ke dalam kehidupanmu sendiri. kuharap dia dan dia masih boleh berkawan. aku boleh menerima perubahan. cuma, harapanku, dia akan tetap pendirian menjadi rakan kepada dia. kerana dia kini dan selamanya milik hatiku. salam.

kepada dia yang kusayang, aku percaya kau wanita yang baik. mungkin kebaikan itu disalah tafsir oleh dia. maafkan aku sekiranya ada segenggam huruf atau sebaris kata yang membuatkan kau terasa. kau tidak salah dalam hal ini. tapi mungkin kata2 mu itu bermain dusta. jangan kau fikirkan lagi sayang. perkara kini sudah terjadi. biarlah dia bermasam muka. mungkin hati masih terluka. mungkin dirinya kan terasa lali. dan persahabatn kau akan kembali.

kepada sang pencinta. fahami siapa kau kepada dia. bagaimana kau dan dia bersmesra. apa kau dan dia berbeza. apa kau dan dia sama. dan pabila kau fahami semua ini, kau dan dia pasti ternyata, boleh menerima segala fakta. hidup bukan lapangan neraka, cuma manusia bingung sentiasa.

--- dari hati yang memahami kisah AKU, GUA DAN LU...

1 comment:

  1. terima kasih kawan. gua ok sahaja. =D

    GUA mintak AKU jaga LU elok2.

    ReplyDelete